Latihan Teknik & Kekuatan Pemanah – Persediaan Khusus Kejohanan MSSD
⚡ Tempat Terhad – Daftar Sekarang!Taman Depan SMK USJ 23 atau Padang dalam kawasan USJ / Shah Alam (sekiranya tidak available)
Setiap Ahad
8 sesi bulan ini
3 jam setiap sesi
Sesuai untuk bulan Ramadhan. Pelajar dapat berlatih dengan tenaga penuh sebelum tengah hari.
⭐ Disyorkan pada bulan Ramadhan iniPilihan untuk yang tidak boleh hadir pagi. Sila ambil perhatian waktu berpuasa semasa Ramadhan.
✅ TersediaProgram ini adalah latihan intensif bertujuan memperbaiki dan memperkemas teknik shoots serta meningkatkan kekuatan setiap pelajar yang akan menyertai MSSD 2026. Setiap sesi direka khusus untuk menyesuaikan gaya memanah individu – bukan latihan umum semata-mata.
| Modul | Tempoh | Aktiviti |
|---|---|---|
| Warm-up & Keselamatan | 20 min | Regangan, pemeriksaan peralatan, briefing keselamatan |
| Penilaian Individu | 30 min | Jurulatih memerhatikan stance, (pre- & full) draw, anchor & release setiap pelajar |
| Latihan Kumpulan | 60 min | Teknik asas & konsistensi shoots |
| Latihan Individu | 60 min | Pembetulan khusus mengikut gaya memanah setiap pelajar |
| Simulasi Pertandingan | 30 min | Latihan scoring, tekanan mental & kecepatan |
| Cool-down & Feedback | 10 min | Regangan akhir, review dan pesanan jurulatih serta cadangan latihan rumah |
Maaf, salah satu syarat menyertai MSSD adalah memiliki peralatan sendiri. Semasa pertandingan, peralatan akan disemak oleh para hakim untuk memastikan peralatan mengikut piawaian pertandingan. Jika anda tidak pasti, mengenai peralatan anak anda adakah bersesuaian atau tidak, sila hubungi kami melalui WhatsApp untuk bantuan dan panduan pemilihan peralatan yang sesuai.
Bayaran RM75 mestilah dibuat sebelum hari Jumaat setiap minggu sebagai pengesahan kehadiran untuk sesi Ahad. Jika tiada bayaran sebelum Jumaat, pemanah dikira tidak menyertai sesi minggu itu.
Pertukaran sesi tertakluk kepada ketersediaan tempat. Sila hubungi kami melalui WhatsApp untuk sebarang pertukaran sekurang-kurangnya 3 hari sebelum latihan.
Deposit adalah tidak boleh dikembalikan kerana ia digunakan untuk menempah slot pelajar dan membeli peralatan latihan (target butt, stand & faces). Bayaran mingguan yang telah dibuat boleh dibawa berbincang bila pelaksanan latihan gantian. Terhad untuk diganti pada bulan Mac ini sahaja
Bermula dari 8 Mac 2026 sehinggalah 5 April 2026. Cuti rehat pada minggu Raya Aidilfitri (20-22 Mac 2026).
Selepas MSSD, latihan mungkin akan diteruskan untuk persiapan memasuki pertandingan lain. Maklumat lanjut akan dikongsikan pada minggu ke-3 program ini.
📱 WhatsApp: 011-5636 2528
📧 Email: firdausaadnan@gmail.com
📍 Lokasi: Taman di hadapan SMK USJ 23 (pilihan utama) / kawasan sekitar USJ dan Shah Alam yang bersesuaian
💳 Pembayaran melalui: Narrativ 8 Creative and Communications